Susahnya Memberi Teguran


Kenapa susah sangat kita nak tegur sahabat kita yang melakukan kesilapan atau kesalahan? Ada saja alasan yang kita berikan kepada diri sendiri supaya tidak menegur kesilapan atau kesalahannya. Antaranya ialah:

1. takut dia kecil hati
2. nanti dia sedar sendiri
3. biarlah orang lain yang tegur
4. aku bukan baik sangat nak tegur dia
5. takut putus sahabat
6. tak kan dia tak tahu benda dia buat itu salah?
7. tunggu dululah..
8. biasalah tu…
9. takut dia tak boleh terima

Tapi kita kata kita kawan dia? kita sahabat dia? Seorang sahabat mesti menolong sahabatnya. Menolong mengingatkan atau membetulkan sahabat kita kerja yang mulia. Kerja yang mungkin dapat menyelamatkan dia bukan sekadar di dunia bahkan sampai ke akhirat.

Membiarkan dia dengan kesalahan tersebut mungkin kita juga merelakan dia di campakkan ke dalam neraka.

Sedarkah kita bahawa alasan-alasan yang kita reka supaya tidak menegur sahabat kita, sebenarnya adalah bisikan dari syaitan?

Sebab itu kadang-kadang kita tak berani menegur kesalahannya, tapi dalam masa yang sama kita memperkatakan kesalahannya dengan orang lain di belakang dia. Ini yang syaitan ingin kita lakukan.

Kalau difikirkan balik, betulkah kita ni sahabat dia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: