Jangan Berhenti Memburu Ilmu


Setiap hari, kita rasakan kehidupan ini semakin mencabar. Terlalu banyak cabaran. Tapi itulah kehidupan . Setiap kita yang bernyawa pasti ada saja cabaran. Ditambah lagi dengan tersebar luasnya kemungkaran, semakin mencengkamnya musuh dan semakin beratnya ujian dan cubaan ke atas umat Islam.

Cabaran melawan hawa nafsu sendiri sudah terasa berat, apatah lagi ditambah dengan cabaran dari musuh-musuh Islam yang tak pernah berhenti merosakkan dan seterusnya memusnahkan umat islam.

Semua cabaran di atas benar-benar akan menguji kekuatan iman kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya iman itu benar-benar mengalami kelesuan di dalam rongga dada salah seorang dari kamu seperti lusuhnya baju. Mintalah kepada Allah SWT agar Allah memperbaharui iman yang ada di dalam hatimu”. (HR Thabrani)

Selalu berpegang teguh kepada Islam apabila menghadapi ujian dan mehnah merupakan salah satu syarat untuk berjaya dalam menegakkan Islam. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Ia perlu melalui pendidikan (tarbiyah) hari demi hari tanpa rasa jemu dengan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, sirah para sahabat dan perjuangan ulamak-ulamak muktabar.

Sebab itu kita perlu menggunakan segala apa juga saluran yang ada untuk sentiasa menambah ilmu di dada demi memelihara iman kita yang sentiasa turun naik.

Terputusnya kita dari menuntut ilmu adalah satu petanda bahawa iman kita semakin lemah dan memberi ruang yang luas untuk kita ditewaskan oleh iblis dan bala tenteranya yang terdiri daripada manusia dan jin.

Ayuh, burulah ilmu dimana kita mendengar ia disebarkan sedaya uapaya kita. Jangan beralasan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: