Apakah kita layak dibantu?


Di dunia ini tak ada dua orang yang menerima ujian yang sama. Ujian yang Allah beri pada setiap orang pasti berbeza. Ujian untuk para Rasul dan Nabi pun pelbagai dan berbaza-beza. Itu antara bukti kehebatan Allah SWT.

Ujian untuk ‘kembar seiras’ pun tak sama. Apatah lagi untuk adik beradik. Apatah untuk orang yang berlainan bangsa dan jantina.

Yang pasti, semua orang di uji. Itu janji allah SWT. Cuma jenis ujian dan tahap ujian itu berbeza-beza. Ujian untuk para Rasulullah berbeza dengan ujian untuk manusia biasa seperti kita. Kalau kita selak kisah para Rasulullah dalam usaha mereka untuk menyampaikan Iman kepada umut mereka, terasa apa yang dilalui oleh kita setiap hari terlalu kecil.

Kadang-kadang kita rasa kita di uji dengan perkara yang begitu berat sehingga menyebabkan kita berasa lemah dan hampir berputus asa dengan ujian tersebut. Sedang ujian yang kita terima itu bukanlah apa-apa sangat. Tapi sebab kita jarang mengetahui bentuk ujian yang berat yang diterima oleh orang lain, kita rasa ujian yang kita terima itulah yang paling berat.

Apatah lagi bila kita jarang sangat menyebut nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tanda kita bersyukur kepadaNya, maka mudah sangat kita mengeluh dengan sikit ujian yang kita terima.

Bila kita diuji, kadangkala kita suka kalau Allah segera menyelesaikan segala masalah kita.

Tetapi persoalan utamanya, apakah kita ini telah berusaha menjadikan diri kita sebagai orang yang layak dibantu oleh Allah SWT?

Apakah kita ini orang yang benar-benar beriman kepadaNya, melaksanakan perintahNya?

Apakah kita ini orang yang benar-benar layak di gelar hamba Nya?

Adakah kita ini orang yang benar-benar mengenali Nya?

Sama-sama kita kembali melihat diri sendiri. Apakah kita layak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: