Fitrah Dan Syariat


Dalam hidup kita yang sementara ini, macam-macam kita lakukan. Walaupun bukan lah lama sangat kita di dunia ini, tapi banyak perkara yang kita impikan sebelum kita memejamkan mata. Banyak juga perkara yang kita inginkan itu dapat kita capai. Memang pun dalam dunia ini tak akan ada orang yang dapat mencapai segala keinginannya.

Itulah hakikat manusia yang ada nafsu. Setelah mendapat sesuatu yang diimpikan, mereka mula membina impian baru yang lebih besar. Manusia bukan malaikat. Malaikat dan manusia memang sangat berbeza.

Apa yang penting bagi manusia ialah, segala yang dilakukan mestilah untuk mencapai redaha Allah SWT. Tidak salah membina pelbagai impian, tetapi pastikan impian itu tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.

Fitrah kejadian manusia itu mempunyai nafsu. Memang ia fitrah manusia. Tetapi fitrah itu mestilah mengikut apa yang di syariatkan oleh Allah swt.

Janganlah kita beralasan bahawa bila kita sentiasa melakukan dosa atau mengulangi dosa-dosa kita, kita kata itu sudah fitrah kejadian manusia. Ingatlah bila Allah menjadikan nafsu untuk kita, Dia juga membekalkan kita dengan syariat Nya sebagai panduan unutk kita mengurus nafsu kita.

Memang kita tak lepas dari melakukan dosa setiap hari. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus melakukan perbuatan yang memang kita tahu ia suatu dosa dan kita rasa tak mengapa melakukannya kerana ia fitrah manusia.

Kalau itu ada dalam fikiran kita, jelas kita begitu sombong dengan Allah swt. Sebab apa saya kata begitu? Sebab Allah telah meyediakan panduan untuk kita megurus nafsu kita, untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat, tetapi kita tak menggunakannya. Sebaliknya kita sekadar menggunakan fikiran kita yang sebenarnya sangat lemah jika tidak berlandaskan Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: