Mohonlah Yang Terbaik.


Rasulullah SAW menyemaikan keimanan kepada para sahabat dengan didikan mencintai akhirat. Baginda meletakan akhirat sebagai matlamat dan kecintaan yang didambakan di dalam jiwa para sahabat.

Pernah satu ketika, Rasulullah SAW memberikan satu ungkapan yang menyuntik dan membangkitkan jiwa para sahabat untuk terus menerus mencintai akhirat dan berlumba-lumba untuk memasukinya.

Sabda bagindayang bermaksud :

“ Barang siapa yang cita-citanya adalah akhirat, nescaya Allah akan memberikan kekayaan dalam hatinya, mempersatukan wataknya, dan dunia akan datang kepadanya sedang dia tidak menyukainya.”

Baginda menyambung lagi.

“ Tetapi barangsiapa yang cita-citanya dalah dunia, nescaya Allah menjadikan kemiskinan di depan matanya, mencerai beraikan wataknya, dan dunia hanya datang kepadanya sesuai dengan yang telah ditentukan untuknya.” [1]

Inilah matlamat, cita-cita, hasrat, keinginan, impian, dan tujuan hidup yang tertinggi yang diletakan standardnya oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat RA.

Dan, ianya bukan untuk para sahabat sahaja, tetapi seruan ini untuk kita juga.

Untuk semua ummat Muhammad!

Kerana itu, para sahabat memiliki satu kekuatan dan semangat kemahuan yang sangat tinggi yang melaksanakan amal soleh.

Seorang ustaz dalam sebuah tazkirah yang disampaikan berkata :

“ Para sahabat ini, seolah-olah nampak syurga dihadapan mereka. Dan mereka benar-benar tercium bau haruman syurga. Dan inilah motivasi yang tertinggi dalam usaha dakwah dan jihad mereka.”

Rasulullah SAW mendidik kita untuk sentiasa bersemangat dalam berdoa dan memohon sesuatu yang tinggi untuk dimiliki dan dimasuki iaitu syurga.

Sabda baginda :

“ Apabila kamu memohon kepada Allah SWT maka mohonlah syurga Firdaus kepada-Nya, kerana ia adalah rahsia syurga.” [2]

Maknanya apa?

Firdaus adalah tempat terbaik yang ada di syurga.

Tak salah kita memohon kebaikan didunia, harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan sebagainya. Tapi semua itu kita akan tinggalkan atau meninggalkan kita. Jadi, jangan lupa mohon syurga firdaus sebab tempat itulah yang kita ingin kekal tinggal di dalamnya selama-selamanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: