Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah…..dan…


Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.

Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!

Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.

Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!

Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.

Gadafi memang gila!

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!

Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.

Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.

Al-Jazeera. net melaporkan :

أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم

(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)

Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.

Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :

أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.

(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)

Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!

Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!

Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi, sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.

Sementara itu berita mengumumkan…

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Datuk Seri Najib Razak memusuhi Islam apabila melabel Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas dan pelampau.

“Najib menyelar gerakan Ikhwan kerana terlibat dengan keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Prasangka ini mewakili sikap musuh Islam,” kata Ketua Pembangkang itu melalui twitternya.

Najib hari ini melabel Yusuf Qaradawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan ada kaitan dengan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sebagai pengganas sewaktu bercakap pada satu persidangan di Istanbul.

Sesiapa saja yang mahu menjadi sebahagian dari proses politik (Mesir) perlu mengambil nilai yang sesuai dengan demokrasi. Ikhwanul Muslimin sepatutnya tidak menjadi sebahagian dari proses itu selagi mereka tidak menolak keganasan dan sikap
pelampau (mereka),” kata Najib.

Kenyataan Perdana Menteri itu dipetik dari National Review, sebuah majalah politik antarabangsa dalam talian.

Najib dilapor berkata, beliau ‘risau, sangat risau’ dengan Yusuf Qaradawi yang kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.

“Kita hilang jalan pertengahan kepada puak pelampau di Timur Tengah,” kata Najib, dipetik.

Kenyataan Najib mengejutkan banyak pihak kerana Qaradawi adalah tokoh Islam yang dihormati di seluruh dunia, baik di kalangan masyarakat Barat mahupun dunia Islam.

Malah, Yusuf Qardawi pada 18 Disember 2009, dianugerah gelaran Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1431H oleh Timbalan Yang DiPertuan Agung pada masa itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: