Solat Merawat Otak


Ahad, 26 Oktober 2008

Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan “decision maker” bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan “reflect brain” (bahagian belakang yg primitif) dr the “thinking brain”. Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :

15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-
16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar “cingulate guru” yg mana jika “overactive” akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.

Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.

sumber: syurga di dunia.blogspot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: