Sembang kosong


Samada di kedai kopi, starbucks, kopitiam dan lain-lain tempat, kita biasa melihat orang ramai sedang duduk sambil bersembang-sembang. Ada yang serius dan ada juga sambil tergelak-gelak.

Bukan isitu sahaja, malah di surau-surau atau dimasjid-masjid pun kita sering bertemu situasi tersebut, Biasanya ketika duduk-duduk seusai solat maghrib sambil menanti masuk waktu Isyak. Kadang-kadang walaupun ada guru sedang mengajar di dalam masjid, mereka ni lebih gemar duduk diluar sambil bersembang-sembang.

Bila ditanya apa yang mereka bualkan, jawab mereka tak ada apa-apa, saja sembang-sembang kosong. (sambil hisap rokok)

Benarkah wujud di dunia ini sembang-sembang kosong?

Perasan tak kita bahawa setiap apa yang kita tuturkan itu di catat oleh malaikat? akan di hisab oleh Allah di akhirat kelak?

Kalau yang dibicarakan sesuatu yang baik, akan di beri pahala. Kalau yang dituturkan itu umpatan, fitnah, cacian, sangkaan buruk, perancangan jahat pasti ia akan mendatangkan dosa.

Jadi, dimana yang dikatakan sembang kosong tersebut?

Apakah kita tidak memikirkannya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: