Istidraj


Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A’raf yang bermaksud:”Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu.”

“Istidraj” membawa makna suatu perkara yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan ‘insan’ tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut.

Ia disebabkan maksiat dan keengkaran mereka, walau pun diberi nikmat yang banyak oleh Allah SWT. Jika kita beriman benar-benar pada Allah dan sentiasa bersyukur dan ingat semua nikmat itu daripada Allah, Insya Allah takkan terjadi “istidraj” pada kita.

Sebab itu kita jangan berasa hairan bila melihat orang yang sering melanggar perintah Allah tetapi tetap kelihatan di beri rezeki, kekayaan, kemasyhuran, pangkat dan kedudukan yang banyak kepada mereka. Itu barangkali adalah ‘istidraj’ yang akan menjauhkan diri mereka dari Allah.

Kata ulamak, orang yang kena “istidraj ” ini dibuka semua pintu kepadanya di dunia ini sehingga dia terus merasakan dirinya hebat dan beruntung. Hanya dua pintu yang tak dibuka kepada mereka di dunia ini iaitu pintu “keberkatan” dan pintu “ketenangan”.

Yang paling penting kita kena muhasabah diri kita sendiri, adakah kita ini tergolong dlm golongan yang ditimpa ‘istidraj’ atau tidak.

Adakah nikmat yang sedang kita kecapi ini bukan istidraj?

Sekiranya nikmat yang Allah beri semakin banyak setiap hari, tetapi rasa syukur kita tak bertambah, ibadah kita kekal di takuk lama, sifat mazmumah semakin berkembang, ke masjid pun kadang-kadang, makakita perlu bertaubat segera kerana takut-takut kita sedang dikenakan Istidraj oleh Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: