Dimana Tawakkal kita?


Ingat tak bila kita mula pandai membaca? Pandai mengira? Atau dapat menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda kita. Mungkin ada yang masih ingat dan ada yang tak ingat dan tak ambil peduli pun.

Mungkin kita juga ada pengalaman mengajar anak atau adik sendiri membaca. Berapa kali mereka diajar (diulang-ulang) sehingga mereka boleh membaca? Tak pasti. yang pastinya kebolehan setiap orang tak sama. Ada yang mudah saja dijar dan ada yang sebaliknya.

Persoalannya, macam mana kita dan mereka tiba-tiba boleh membaca? Mestilah kita kata kata sebab belajar dan diajar. Tapi mengapa ada orang yang belajar dan diajar berkali-kali pun masih tidak boleh membaca?

Jawapannya ialah sebab yang membuka ‘hijab’ (halangan) sehingga kita boleh membaca adalah Allah SWT. Selagi Allah tidak membuka ‘halangan’ tersebut kita tak akan mampu membaca. Maknanya dengan izin Allah sahaja kita kini mampu membaca.

Membaca itu satu contoh sahaja. Dalam perkara lain pun, apa yang kita usahakan berjaya atau tidak itu adalah bergantung pada keizinan Allah SWT.

KIta hanya dipinta oleh Allah untuk berusaha sekadar kemampuan kita. Setelah itu kita hanya perlu bertawakkal sahaja kepada Allah SWT. Berhasil atau tidak itu urusan Allah SWT.

Silapnya kita, selalunya kita rasa berjaya atau tidak itu hanya bergantung pada usaha kita. Sehinggakan bila kita rasa kita banyak kekurangan, kita menolak untuk mencuba dengan alasan kita tak mampu.

Kalau itu selalu kita lakukan dimana sifat tawakkal kita pada Allah? Nampak sangat selama ini apa yang kita telah berjaya lakukan , kita rasa sebab ‘kehebatan’ diri kita. Bukan disebabkan dengan izin Allah SWT. Sangat bahaya!!!

Bukan begitu?

One response to this post.

  1. terima kasih atas peringatan… ia memang begitu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: