Pernaiagaan Halal


Berniaga sendiri memang banyak kelebihannya dari kerja makan gaji. Ramai orang yang jadi kaya raya pun sebab berniaga. Ada yang kaya walau pun makan gaji, seperti CEO syarikat gergasi atau GLC. Ramai juga yang bila kehilangan pekerjaan atas pelbagai sebab, lebih suka untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Umat Islam memang digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk berniaga. 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan. Tapi itu tak bermakna bahawa kerja makan gaji itu tidak digalakkan.

Yang penting apa yang kita usahakan untuk mendapat rezeki, adalah dari kerja- kerja halal yang kita lakukan. Tak kiralah sebagai, kuli, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, usahawan, peniaga dan sebagainya.

Semua pekerjaan atau perniagaan yang halal dan dilakukan dengan cara yang mengikut syariat serta di keluarkan hak-hak yang sepatutnya dari rezeki tersebut, insyaallah akan mendatangkan keberkatan kepada pengusahanya.

Persoalannya bila kita terlibat dalam perniagaan adakah kita benar-benar memastikan barang perniagaan kita benar-benar halal? Contohnya banyak restoran atau kedai makanan tetap menjual rokok walau pun telah diistiharkan haram oleh para ulama contemporari di samping berniaga makanan dan minuman.

Contoh lain, banyak kedai-kedai runcit orang Islam menjual makanan ringan (jajan) yang tidak diketahui halal haram nya kerana tiada logo halal yang diiktiraf. Sedangkan bahan tersebut kebanyakkannya diimport dari luar negara. Makanan ringan tersebut dibeli oleh anak-anak kecil yang beragama Islam, dimakan dan menjadi darah daging mereka. Siapa yang nak dipersalahkan? Adakah peniaga yang menjual barang tersebut tidak bersalah?

Bolehkan perniagaan yang menjual barang yang tidak tentu halal haramnya ini mendatangkan keberkatan kepada pemilik perniagaan tersebut?

Itu belum lagi termasuk barang-barang bukan makanan seperti sabun badan, syampu, detergen, yang kebanyakkannya tidak mempunyai logo halal. Tapi berapa ramai peniaga yang ambil peduli perkara tersebut. Kenapa?

Sebab mungkin diantaranya sikap pengguna seperti kita yang tak pernah ambil peduli tentang perkara tersebut. Andaikata semua umat Islam mengambil peduli halal dan haram, maka tiadalah ‘pengeluar’ yang berani menjual bahan yang tiada sah halal dan haramnya. Seterusnya tiadalah penjual yang berani menjual bahan tersebut.

Ingatlah , bahawa halal dan haram bukan pada makanan sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: