“Bismillah” Dan Kebahagiaan


Semua orang ingin hidup bahagia di dunia ini. Apatah lagi di akhirat. Tak ada yang mahu hidup dalam kesengsaraan. Kalau boleh semua orang hendakkan kebahagian itu berlaku sepanjang hidup mereka. Dari kecil sampai dewasa. Dari muda sampai tua. Dari hidup sampai mati.

Tapi apa yang di maksudkan dengan ‘bahagia’ itu?

Kalau kita tanya 10 orang mungkin kita akan dapat 10 jawapan yang berbeza.
Kenapa? Kerana maksud bahagia berbeza mengikut persepsi seseorang.

Ada orang beranggapan bahawa bahagia itu bila banyak duit sebab boleh beri apa sahaja yang dikehendaki. Betulkah begitu? Tapi mengapa ramai jutawan yang kehidupan mereka bukan sahaja nampak seperti kurang bahagia, malah menderita.

Ada orang beranggapan bahawa jawatan yang tinggi boleh membawa kebahagian. Hakikat sebenarnya semakin besar jawatan semakin sukar kita melihat seseorang itu dapat mencapai kebahagian dalam hidupnya. Untuk tidur lena di malam hari pun belum tentu lagi.

Ada yang berpendapat ilmu yang tinggi boleh memberi kebahagian. Tetapi yang kita lihat tidak semua orang yang berilmu itu hidupnya bahagia.

Kita tidak menafikan bahawa kita perlukan duit dan dituntut berusaha mencari duit untuk hidup di dunia ini. Kita juga memang sangat dituntut untuk menuntut ilmu sebagai panduan hidup di dunia ini.

Dengan duit kita boleh melakukan banyak kebaikan dan dapat menunaikan zakat. Dengan ilmu kita dapat membezakan diantara yang hak dan yang batil, yang halal dan yang haram dan sebagainya. Dengan kuasa pula kita dapat melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Tetapi duit, harta,kuasa dan ilmu semata-mata tidak cukup untuk kita ‘rasa bahagia’.

Kebahagian itu hanya dapat kita kecapi dengan adanya “rahmat dan kasih sayang” Allah. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah kita tak mungkin akan mengecap kebahagian, walaupun kita seorang yang berharta, berjawatan besar dan tinggi ilmunya.

Sebab itu kita diminta sentiasa mengulangi membaca “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang“.

Dengan membaca “Bismillahirrahmanirrahim” secara langsung kita sebenarnya memohon rahmat dari Allah dengan sifat “Ar Rahman” dan “Ar Rahim”.

Berapa kali kita perlu membaca “Bismillahirrahmanirrahim” setiap hari? Yang wajib sekurang-kurangnya 17 kali iaitu ketika kita membaca Al-faatihah . Sekiranya setiap perbuatan kita di mulai dengan membaca “Bismillahirrahmanirrahim“, kita sebenarnya memohon rahmat Allah dalam jumlah yang cukup banyak.

Persoalannya adakah kita benar-benar menghayati bacaan tersebut?

Sewaktu kita duduk antara dua sujud pun kita memohon rahmat Allah SWT bila kita membaca “Warhamni” (dan rahmati aku). Cuma mungkin kita tidak menghayati apa yang kita baca, maka kita tak sedar kita sedang memohon rahmat dari Allah yang sangat kita perlukan untuk mencapai kebahagian di dalam hidup ini. Bila kita membaca tetapi tidak menghayatinya ia tidak banyak membantu kita untuk mencapai rahmat Allah SWT.

Inilah diantara perkara yang perlu kita perbetulkan dalam hidup kita jika kita benar-benar inginkan kebahagian di dunia dan akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: