‘Alimnya dia…….”


Adakalanya pandangan yang kita berikan terhadap seseorang itu benar dan adakalanya jauh sangat dari kebenaran. Pandangan yang kita berikan biasanya berdasarkan apa yang mereka ‘zahirkan’. Apa yang di dalam ‘hati’ mereka tak siapa yang tahu. Yang mereka zahirkan itu samada dalam bentuk perbuatan atau pun ucapan.

Dalam Syariat Islam pun, seseorang itu di hukum didunia ini berdasarkan perbuatan dan ucapan mereka. Apa yang ada dalam hati manusia itu biar Allah sahaja yang menghukumnya.

Walau bagaimanapun apa yang dizahirkan dengan perbuatan dan ucapan itulah yang selalunya berada dalam hati. Seseorang itu mungkin dapat menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka, tetapi bukan untuk setiap masa dan bukan untuk setiap tempat.

Manusia memang ada yang suka berpura-pura dan adakalanya mampu menipu ramai orang dengan sikap tersebut. Sikap berpura-pura itu dalam jangkamasa pendek mungkin menguntungkan mereka, tetapi untuk jangka masa yang panjang ia akan menyebabkan kerugian yang besar kepada mereka.

Contohnya, orang yang berlagak sebagai seorang yang berilmu menyebabkan mereka terpaksa menyembunyikan kejahilan mereka, supaya mereka dipandang mulia oleh orang lain. Biasanya mereka sentiasa ingin menunjukkan bahawa mereka banyak pengetahuan dalam pelbagai perkara. Mereka malu untuk menunjukkan mereka tidak tahu dalam sesuatu perkara. Akhirnya mereka ini malu untuk menuntut ilmu atau hadir ke majlis-majlis ilmu. Kesannya mereka akan terus menerus berada dalam kejahilan sepanjang hidup mereka.

Di antara sebab utama pandangan kita selalu silap terhadap seseorang ialah sebab kejahilan kita. Kejahilan adalah musuh utama orang-orang yang beriman. Disebabkan kejahilan manusia mampu disesatkan oleh syaitan dan ditewaskan oleh nafsu mereka sendiri. Disebabkan kejahilan juga manusia ditipu oleh diri sendiri dan manusia lain

Kita biasa mendengar orang berkata “ ‘Alim sungguh si A itu, sembahyang tak pernah tinggal” atau “Wara’ sungguh si B itu, tak tinggal puasa sehari pun ramadhan tahun lepas” atau “ Muda-muda lagi dah pergi haji bagus betul si X itu” atau “Pemurah betul si Z itu, tiap-tiap tahun keluarkan zakat”.

Hakikatnya orang yang memberi pandangan sedemikian telah melakukan kesilapan yang besar mungkin di sebabkan kejahilan mereka. Apa yang di lakukan oleh si A, B , X dan Z itu adalah kewajipan asas seseorang yang mengaku Islam. Yang dilakukan mereka adalah perkara ‘basic’ bagi orang Islam. Meninggalkan perkara tersebutboleh menyebabkan dosa besar dan menafikan kewajipan melaksanakan perkara tersebut boleh menyebabkan ‘tercabutnya’ Islam dari seseorang.

Apakah seseorang itu masih layak merasakan dia seorang Islam yang sebenar-benanrnya, sekiranya dia sentiasa meninggalkan solat dan tidak melaksanakan rukun- rukun Islam yang lain secara berterusan?

Seseorang itu tidak boleh dikatakan ‘alim, wara’ atau bagus sekiranya dia hanya melakukan perkara wajib bagi dirinya kerana itu memang kewajipan yang mesti dilakukan oleh seorang yang beragama Islam. Sekiranya mereka sentiasa menambah amalan mereka dengan perkara-perkara sunat barulah kita ‘mungkin’ boleh mengatakan bahawa dia seorang yang ‘alim, wara’ dan bagus.

Semoga segala pandangan dan kata-kata kita, biarlah kita keluarkan berdasarkan ilmu dan kebenaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: