Ujian hidup di dunia dan Peperiksaan SPM


Bila kita ingin menduduki sesuatu ujian kita akan buat persiapan sebab kita ingin cemerlang dalam ujian tersebut. Contohnya waktu kita ingin menduduki peperiksaan SPM, kita akan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam, pagi dan petang, sebab kita percaya. peperiksaan itu penting untuk masa hadapan kita.

Kita percaya bahawa peperiksaan SPM yang akan kita dudduki itu akan menentukan masa hadapan kita samada gelap atau cerah. Kita percaya bahawa kepeutusan cemerlang akan membolehkan kita menyambung pelajaran ke menara gading. Kita juga percaya keputusan yang cemerlang juga, akan menyebabkan kita boleh mencapai cita-cita kita dan seterusnya hidup berjaya dan bahagia di dunia ini.

Disebabkan keyakinan tersebut kita sanggup bersusah payah di dalam peperiksaan yang selama lebih kurang 10 hari sahaja. Kita sanggup kurangkan tidur kita, kita sanggup berhenti dari bermain dan kita sanggup melupakan segala bentuk hiburan kegilaan kita.

Ini kita lakukan sebab keyakinan kita bahawa peperiksaan SPM itu amat penting untuk masa hadapan kita.

Tetapi mengapa bila kita diberitahu oleh Allah SWT (melalui Al-quran) bahawa kehidupan di dunia ini adalah ujian, kita buat tak kesah je?

A021
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba’ 34:21)

A106
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (As-Saaffaat 37:106)

A015
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15

Kita telah tahu bahawa hidup ini sekejap sahaja jika dibandingkan dengan akhirat yang tiada penghujungnya, dan yang sekejap inilah yang akan menentukan samada kita kekal bahagia di syurga atau terpaksa ke neraka. Tetapi mengapa kita tidak menghadapi ‘ujian’ ini dengan bersungguh-sungguh? Apakah kita tidak takut gagal dalam ujian besar ini?

Kita takut gagal dalam peperiksaan SPM, sebab kita tahu kesan buruk dari kegagalan tersebut . Tetapi mengapa ‘ketakutan’ tersebut tidak wujud bila kita diingatkan oleh Allah bahawa kehidupan di dunia ini adalah ‘ujian’? Yang akan menentuka kitabahagia atau sengsara di sana?

Dimana letak keyakinan kita dengan Allah SWT ?

2 responses to this post.

  1. Salam ustaz…

    Bagaimana nak mewujudkan keyakinan itu?

    Balas

    • 1. Dengan mengenal Allah… kena tingkatkan ilmu dengan banyak menghadiri majlis ilmu
      2. Memikirkan kehebatan Allah…melalui nama-namaNya dan ciptaanNya
      3. Istiqamah dalam beramal….solat, baca alquran, qiamulai dll
      4. Membaca kisah-kisah zaman dahulu…sebagai pengajaran
      5, Bergaul dengan orang ‘alim…ziarahi mereka..
      6. banyakkan berselawat keatas Nabi dan berzikir….
      7. …..dll

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: