Betulkah Persepsi Kita Terhadap Ibadah-ibadah Di Bulan Ramadan?


Adakah pemahaman kita terhadap segala ibadah di bulan Ramadhan adalah seperti yang dikehehendaki oleh Allah SWT?  Cuba kita renung semula hari-hari yang kita lalui di bulan Ramadhan yang lepas.  Apakah benar-benar kita  melaluinya seperti yang diperintahkan? Disamping itu kita juga perlu memperbetulkan  persepsi kita terhadap setiap amalan yang kita buat di bulan Ramadhan.  Diantaranya:

1.  Ramai yang menganggap ‘niat’ berpuasa di malam hari adalah sebagai ‘rukun’ berpuasa sahaja, padahal hakikatnya ia adalah sebagai “burning desire” utk kita melakukan ketaatan kpd Allah. Niat juga sebnarnya menjadikan  kita berada dalam keadaan minda sedar & bukan sebagai amalan tradisi semata-mata

2.  Kita sering meletakkan sunnah melewatkan sahur utk mendapat keberkatan melewatkannya, sedangkan hakikatnya bangun sahur itu juga, kita dilatih utk bangun awal sebelum subuh setiap hari untuk ‘qiamulail’, dan bersiap-bersiap untuk berjemaah subuh di masjid.

3. Kita sering menganggap ‘solat tarawih’ adalah ibadah sunat yg dituntut dilakukan di malam hari bulan Ramadhan, sedangkan hakikatnya ia juga adalah satu pentarbiayahan utk kita membiasakan diri mengimarahkan Rumah Allah apabila tamat Ramadhan… Moga-moga  istiqamahnya  kehadiran kita kemasjid sepanjang  Ramadhan dapat kita lanjutkan ke 11 bulan berikutnya.

4.    Kita memang disuruh menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktunya. Itu memang boleh dan suka kita lakukan dan biasanya kita lakukan secara ‘berjemaah’. Tapi mampunya kita melakukan suruhan tersebut  juga ‘membuktikan’ bahawa kita memang boleh utk menyegerakan solat maghrib diawal waktu pada bulan-bulan lain, dan kita bolehmelakukan solat tersebut  secara berjemaah.

5.   Ramai yang mencari-cari ‘lailatulqadar’, di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Memang kita di perintahkan berbuatdemikian. Tetapi hakikatnya, Allah mengkehendaki kita lebih mendekati Nya pada 10 malam terakhir ini. Sebab itu di rahsiakan malam lailatulqadar. Dan dinegara kita ini sebaliknya yang selalu berlaku.  Pada 10 malam terakhir inilah ramai orang  sangat leka dengan persiapan untuk hari raya.

6.   Puasa adalah merupakan amalan teras dlm bulan Ramadhan dan sering kita berhati2 dlm perkara2 yg membatalkan puasa kita. Tetapi kita sering lalai utk menjaga perkara2 yg membatalkan dan menghilangkan PAHALA puasa kita, seperti kita tidak menjaga pandangan mata kita, kita tidak menjaga percakapan kita dan pendengaran telinga kita.

7.  Membaca AlQuran adalah diantara ibadah di galakkan di bulan mulia ini.  Ramai yang boleh melakukannya dan ada yang boleh khatam 2-3 kali dalam sebulan.  Tetapi kita sering tak mengendahkan apa yang di perintahkan oleh Allah melalui Al Quran walau pun kita membacanya berulang kali.   Malah ada yang tak pernah pun cuba dan berusaha untuk memahami isi Alquran, sedangkan Al Quran diturunkan bukan sekadar untuk di baca

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: