Sukarnya Mengingati Dia…


Setiap hari apa yang banyak berada dalam fikiran kita? Sepatutnya keagongan Allah SWT paling banyak dalam fikiran dan hati kita. Tetapi mengapa itu sukar sangat untuk itu berlaku? Mengapa perkara-perkara lain yang banyak kita fikirkan. Mengapa sukar sangat untuk kita ingat pada Allah. Malah kadangkala, walaupun kita sedang mendengar seruan azan, kita masih lagi tidak ingat pada Allah SWT. Seruan yang mengagongkan Allah itu berlalu begitu sahaja. Tidak pun kita jawab seruan tersebut dengan lisan kita. Jawapan melalui solat yang kita dirikan pun, kita lakukan diakhir-akhir waktu.

Yang menyedihkan lagi ialah apabila kita mendirikan solat, ingatan kita pada Allah datang dan pergi. Sekejap kita ingat Allah, sekejap lagi pemikiran kita melayang mengingati perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan solat kita.

Walaupun kita telah belajar berbagai cara untuk khusyuk dalam solat, tetapi kita masih lagi sering terbabas semasa memandu solat kita. Kita dikehendaki sentiasa ingat kepada Allah di dalam setiap solat yang kita dirikan tetapi berapa peratus ingatan kita pada Allah sepanjang solat yang kita kerjakan.

Firman Allah, bermaksud:

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati Ku” (surah Thaha 14)

Walau bagaimanapun setelah kita ingat balik tentang satu doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW kepada Muaz Bin Jabbal kita sedar bahawa, mengingati Allah itu memang perkara yang sukar, sehingga kita perlu selalu berdoa supaya Allah bantu kita untuk mengingati Nya.

Doanya:

Allahumma a ‘inni ‘ala dzikrika, wa syukrika, wa husni ‘ibadatika.

Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, untuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku.”

Sebab itu,untuk kita selalu ingat pada Allah kita mesti minta bantuan pada Allah sendiri. Tidak cukup sekadar kita belajar dan berusaha, tetapi mesti diiringi dengan doa sebanyak mungkin. Jika dalam perkara-perkara lain kita sering usaha dan berdoa, maka dalam usaha kita untuk sering ingat kepada Allah juga, Rasulullah ajar kita supaya kita juga mesti banyakkan berdoa.

Moga-moga Allah perkenankan doa kita, lebih-lebih lagi dibulan ramadan yang mulia ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: