Korban: Jangan biarkan berlalu begitu saja.


Hari ini kita berada dalam bulan zulkaedah.  Bulan ke sebelas dalam kalendar Islam.  Waktu ni ramai muslim yang sedang bersiap, bergerak dan ada yang telah berada di Tanah suci Mekah dan Madinah dengan tujuan mengerjakan ibadah haji. Mereka yang mendapat panggilan, dan berniat bersungguh-sungguh dengan mennyediakan keperluan secukupnya pasti gembira kerana berpeluang melakukannya pada tahun ini.

Bagi yang masih belum berpeluang, berusaha dan berdolah supaya di izinkan Allah kesana  tahun-tahun mendatang.

Yang berkemampuan, duit ada tapi belum ada ‘panggilan’ untuk kesana, apakata kita gunakan sedikit wang simpanan kita untuk ibadah korban yang sangat di tuntut dalam Islam.  Tak mahal mana pun.  Satu bahgian lembu sekada RM350 hingga RM400 sahaja.  Itu di Malaysia.  Kalau rasa tak mampu buatlah di kemboja melalui badan-badan tertentu yang menganjurkannya di sana.  Harga sekada RM250 satu bahagian.

Type saja perkataan “korban” dalam google, akan keluar senrai penganjur ibadah korban di luar negara. Malah ada yang sudah 18  tahun menganjurkannya.

Janganlah di pandang sepi saja ibadah korban ini.  Besar sangat kebaikannya untuk kita di dunia dan akhirat. Jika kita lakukan sekali, tahun-tahun mendatang biasanya Allah akan beri kekuatan dan rezeki untuk kita terus melakukkannya.

Cuba kita lihat dan fikirkan tentang  ibadah korban ini. Niat ibadah korban adalah untuk mempersembahkan hasil korban kita pada Allah bagi mendapat keredhaanNya.

Setelah kita membuat sembelihan korban, daging akan kita agihkan sesama kita dan fakir miskin. Daging tidak kita letakkan di masjid atau surau hingga busuk di atas nama pengorbanan pada tuhan.

Ketika kita berada di Mekah, mungkin kita membuat sesuatu hingga kena bayar dam (denda). Dam (denda) ini berupa seekor kambing dan kita sembelih kambing ini, kemudian kita akan agihkan pada fakir miskin. Kita tidak letakkannya di Kaabah hingga busuk kerana nak persembahkan pada tuhan.

Mungkin ada antara kita lambat ganti puasa Ramadhan hingga kena bayar fidyah. Kita bayar fidyah dengan memberikan beras. Kita tidak letakkan beras di atas mimbar atau hanyutkan di sungai. Tapi beras itu kita berikan pada fikir dan miskin.

Begitu indahnya, Islam, kita mempersembahkan pengorbanan pada Allah, tapi pengagihan pada sesama manusia. Kebaikannya untuk manusia.

Benarlah firman Allah bahawa kita memang perlu membuat perhubungan dengan Allah (hablum minallah) dan perhubungan dengan manusia (hambul minannas). Jika kita tidak membuat kedua-dua hubungan ini, maka kita kaan ditimpa dengan kehinaan.

Firman Allah :-

112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia (Surah Ali Imran).

Sesungguhnya, membuat ibadah korban, kita mempersembahkannya pada Allah, dan pengagihan manfaatnya adalah untuk manusia, begitulah indahnya Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: