Yang Ikhlas


“Eh? Bukan ke semalam hari terakhir awak di sini?”

“Ada benda nak kena settle sikit. Itu yang saya datang hari ni juga. Lagi pun kerja baru mula next week,” ujar Syazana sambil tersenyum.

“Um, kenapa awak bersusah payah sangat nak buat semua ni? Bukannya dorang ambil awak kerja permanent kat sini pun. In fact, you’re a degree holder, dan saya tengok selama ni awak buat semua kerja even kerja key in database dan photostat dokumen.”

Syazana terkedu. Eh? Apa maksud mamat ni? Ni sekadar motivasi atau nak cucuk aku?
“Maksud awak? Saya bersusah payah?”

“Suppose awak tak perlu datang hari ni. It’s not like they are paying you extra you know. Sebelum ni saya ada suggest pada top management untuk ambil awak assist under Puan Donna as permanent staff. Initially they agreed, tapi tak de follow up pun afterwards. Tak de siapa pun yang nak fight untuk awak sedangkan awak buat kerja macam-macam walaupun itu bukan kerja awak. Tengoklah your boss, Mr. Tan…. Dia pun tak cakap apa-apa nak ambil awak under dia.” Jelas Nazri panjang lebar. Syazana mengetap bibirnya.

“Habis tu? Kalau bukan saya yang buat kerja photostat tu siapa nak buat? Saya seorang saja under Mr. Tan, so itu memang termasuk kerja saya juga. Kenapa awak nak cakap saya bersusah payah? Kalau ikut hati dan perasaaan, dah lama saya resign. Saya bukan berminat pun nak kerja kat company ni. Tapi, apa yang saya buat hingga ke hari ni, sebab boss saya yang sebenar bukan Mr. Tan atau sesiapa, tapi Allah. Saya buat yang terbaik, keikhlasan tu saya serahkan pada Allah nak judge macam mana. Kalau saya lepas tangan, orang lain juga yang susah. Saya kesian tengok Mr. Tan dah berumur kena handle company closing semua. Salah ke apa yang saya buat ni?” Syazana menjadi keliru dengan kata-kata Nazri. Salahkah aku bersungguh-sungguh buat kerja aku? Absorb atau tidak ke department ni bukan kerja top management, tapi aku percaya takdir aku bukan di sini. Rezeki aku di tempat lain. So what’s the fuss man?!

“Betul, memang rezeki tu Allah yang tentukan. Apa yang saya nak bagi awak faham ni, sekarang ni dorang guna awak habis-habisan. Gaji awak awak takat tu aje, bukannya ada OT pun. Tak setimpal dengan kerja dorang bagi. Saya cuma rasa semua ni tak patut berlaku.” Tambah Nazri.

“Well Nazri, mungkin pendapat kita tak sama. Saya percaya apa yang saya buat ni adalah perkara betul. Saya tak nak kemudian hari menyusahkan orang lain dan orang mengutuk saya sebab tak organize dokumen betul-betul. Saya dah rasa kat sini selama setahun, settle pending job orang-orang sebelum ni dengan dokumen entah kat mana tak disimpan dengan betul. So, saya tak nak jadi orang macam tu. Saya percaya dengan rezeki yang Allah tentukan, buat apa nak takut?” Syazana tersenyum simpul. Dia tidak ingin memanjang perbualan yang tiada makna. Tak sangka pula Nazri macam ni. Selama ni aku respect dia sebab tengok cara dia agak bertanggungjawab dan sejak dia offer nak bantu aku dapatkan permanent job kat sini. Walaupun aku tak terpilih untuk menjadi staff kat sini, aku tak kecewa pun. Beria pula si Nazri ni bercakap.

“Eh eh apa korang buat kat depan pintu ni? Syaz, ko tak yah nak layan sangat si Nazri ni. Baik gi sambung kerja ko je.” Tiba-tiba, Dina dan Amalina mencelah. Syazana tersengih.

“Thanks Nazri for the thoughts. Saya nak sambung kerja saya.”

Syazana termenung apabila teringatkan insiden dia dengan Nazri dua minggu lepas. Apa motif Nazri cakap kat aku macam tu? Aku tak pernah terfikir pun kerja aku selama ni membebankan ke apa. Er kadang-kadang tu tensen rasa nak meletup biasalah. Hehe. Tapi, cukuplah kalau duit yang aku terima tu halal dan berkat. Aku risau juga selama ni apa yang aku dapat tu, halal ke? Kadang-kadang kalau aku tercuri tulang tu sebab dah penat sangat, terguna harta syarikat tanpa sedar, risau juga.

Jari-jemarinya menekan remote control menukar TV3 ke TV Al Hijrah. Jam menunjukkan pukul 11 lebih. Slot Muhasabah Diri oleh Ustaz Don. Dah separuh masa dah ni. Tajuk Ikhlaskan Diri. Ah! Sesuai sangat kalau aku dengar ni, mana tahu dapat hapuskan doubt di hati aku. At least boleh padam apa yang mamat tu borak kat telinga aku. Kacau je.

“Amboi dik, kusyuk benar tengok Ustaz Don dia?” usik Abang Long yang baru turun dari tingkat atas. Berkerut-kerut dah dahi Syazana aku tengok.
“Abang Long, syyy. Topik ni bagus!”
Abang Long tersengih-sengih. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Syazana sambil membuang pandangan ke arah Ustaz Don. Saham Ustaz Don sekarang memang tengah naik. Dari gaya penceritaan dan ceramahnya juga sangat menarik untuk didengar , tak kira dari budak kecik hingga orang tua. Dia menjeling ke arah adiknya. Kusyuk.

‘Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya minta sangat, tak kira dalam apa yang kita nak buat, cakap kat diri kita, ikhlaskan hati kita kerana Allah bila kita nak buat sesuatu. Insya Allah, apa yang kita buat semuanya berjalan dengan lancar. Pagi-pagi sebelum pergi kerja tu, dalam kereta pegang steering, cakap kat dalam hati aku keluar ni nak cari rezeki kerana Allah, aku nak kerja sungguh-sungguh. Baca doa al-Kursi atau tiga Qul dan berlapang dada. Insya Allah, kita pasti berasa tenang dan gembira tak kira apa kerja yang kita buat pun. Percayalah tuan-tuan dan puan-puan. Bukan senang untuk menjadi ikhlas, tapi kita kena sentiasa menanam niat tu dalam hati kita.’

Wah, amazing! Betul, walaupun bukan kerja kita tapi kalau orang dah bagi kita untuk buat, kita kena take responsibility. Melainkan kalau betul tak nak buat, cakaplah terang-terang. Tak perlu diam dan setuju tapi kat belakang mengutuk bos dan tak berpuas hati semua. Selama ni betullah apa yang aku buat. Aku masih muda, banyak lagi yang perlu aku belajar. Biarlah kena buat kerja photostat ke, ingat nak photostat tu senang ke? Memerlukan kesabaran dan ketelitian tau. Kalau tak reti operate mesin fotostat tu pun, tak boleh juga. Walaupun kadang-kadang terasa macam kuli sangat, tapi bila ingat balik semua ni kerana Allah, mesti rasa lega jiwa dan raga.

“Menarik topik Ikhlaskan Diri malam ni kan?”
“Em?” Syazana berpaling ke arah Abang Longnya.
“Manusia memang tak pernah puas. Tapi dorang tak pernah berani nak suarakan ketidakpuasan hati tu, selalunya ramai yang lebih suka diamkan diri dan terima tugasan yang diberi, tapi kat belakang mengomel macam-macam. Dah tak ikhlaslah camtu. Buat penat aje kerja.” Terang Abang Long.
“Abang Long, something happen in your office?” soal Syazana sambil memperlahankan volume televisyen.

“Manusia Syaz, biasalah. Walaupun kita bekerja di organisasi Islam pun, orang luar mesti pandang semua pekerjanya bagus-bagus. Tapi, hati orang lain-lain. Mula-mula Abang Long join company tu, Abang Long macam culture shock sikit. Imej Islam tapi masing-masing mengutuk antara satu sama lain. Banyak pekerja tak puas hati dengan boss, tapi dorang tak nak suarakan, beri pendapat ke. Masing-masing dok buat fitnah kat belakang. Abang Long nervous juga, takut sama-sama termakan saham kotor dorang. That’s why Abang Long suka fokus kerja dan kurang bercakap kalau tak perlu.”

“Betul tu Abang Long. Kalau ikut logik, memang kadang-kadang workload melebihi dari apa yang kita dibayar. Semua tempat macam tu. Kalau nak harapkan duit besar datang terus, susahlah camtu. Buka bisnes pun ambil masa nak balik modal juga. Syaz percaya, bila kita bersungguh-sungguh kerja dan ikhlas dari hati, gembira dengan kerja kita, kebahagiaan tu akan datang dengan sendirikan. Duit banyak, kalau sayang sangat duit pun, tak baik juga. Akan selalu rasa tak cukup.”

Abang Long tersenyum merenung adiknya. Cewah, budak ni makin matang dah aku tengok. Mana si kecil yang selalu berpaut kat lengan aku dulu? Rasanya, kalau nak kerja mana-mana pun, if keikhlasan tu tak ada, sampai bila-bila pun hati tak pernah puas dan tenang. Selalu merasa tak puas hati dengan orang lain dan duit selalu rasa tak cukup. Em, menakutkan.

“Abang Long, bila kita dah mula merungut pasal kerja kita, itu tak puas hati ini tak puas hati, automatik dah join kategori tak ikhlaslah kan?”

Soalan cepumas dari seorang adik kepada abang tersayang. Abang Long mengerling ke arah Syazana sambil tersenyum lebar.

“Mungkin. Hanya Allah je yang tahu. Kit tak boleh nak suka hati judge. Walaupun ada orang tu mungkin nampak bersungguh-sungguh, tapi kita tak tahu niat dia juga. Mungkin dia nak orang puji dia, itu pun dah lari dah. Atau dia nak boss nampak dia dan cepat-cepat promote dia naik pangkat. Hati dan niat, sesuatu yang paling susah nak kita jaga. Tapi, bila kita dah faham konsep niat kerana Allah, semua jadi senang. Nak tahu kita ikhlas ke tak, if orang tak appreciate kerja kita, apa kita rasa masa tu?” Bekas yang berisi biskut Chipsmore dicapainya. Terasa berkeroncong pula perut ini.

“Biasanya mesti kita rasa kecewa dan marah. If orang tak appreciate kita, mesti kita secara tak sedar akan cakap apa gunanya buat kerja ni semua kalau tak de orang hargai.” Jawab Syazana.

“Kecewa dan marah. Itu reaksi biasa dan yang dijangka oleh rata-rata manusia. Tapi, keistimewaan orang yang niatnya ikhlas semata-mata kerana Allah dan mahu belajar ilmu dan pengalaman baru, dia akan hadapi benda tu dengan tenang dan macam tak de apa-apa pun. Mungkinlah ada akan terasa sedikit sedih tapi dia akan cepat-cepat remind hatinya bahawa Allah lebih tahu apa yang dia buat. Cukuplah kalau Allah yang acknowledge hasil kerja dia. Back to basic, rezeki Allah yang tentukan. Boss kita tu orang perantaraan aje.” Sedikit demi sedikit Abang Long menggigit biskut Chipsmore kegemarannya. Seronok juga sekali sekala dapat berbual benda macam ni dengan Syazana. Sekurang-kurangnya, aku dapat mengingatkan diri aku sendiri. Lately banyak juga tekanan kat ofis tu. Kerja bertambah, belum siap dapat yang baru. Belum lagi nak fikir ragam orang lain.

“Syaz akan ingat semua ni. Insya Allah Abang Long. At least, kita sama-sama remind! Abang Long, Syaz nak tidur dulu. Esok ada training program kat KL. Kang lambat pula nak ke rumah Puan.” Gadis itu bingkas bangun sambil menggeliat membetulkan badannya setelah lama duduk mengadap televisyen.

“Have a great day. Hotel Grand Season kan esok? Seronoklah dia dapat lunch best!” usik Abang Long.

“Alhamdulillah Abang Long. Rezeki.” Syazana mengenyitkan matanya. “Assalamualaikum Abang Long!”

“Waalaikummussalam.” Sekeping Chipsmore disumbat ke mulutnya lagi. Ai, sedap pulak Chipsmore ni. Rindu lama tak makan!

TAMAT

sumber: penapenamenari.blogspot.com

One response to this post.

  1. Posted by yuyu on Ogos 13, 2012 at 11:30 am

    same je nasib kite..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: